MELANCONG KE HOKKAIDO MUSIM SEJUK 2018
Salam dan hai :)
Dah lama sangat tinggal blog ni, berhabuk dah rasa haha. Saja nak isi masa lapang dengan start blogging balik sebab tengah cuti panjang sekarang.Nak kongsi pasal trip saya dan keluarga ke Hokkaido masa bulan Februari 2018 haritu. Bulan ni memang kalau kat Hokkaido dikira musim sejuk lah. Salji tu boleh dikatakan hari-hari turun, cuma beza dia lebat ke tak je. Masa kami pergi tu suhu paling sejuk dalam -10 dan memang sangat sejuk. Pakai 3 lapis baju pun masih menggigil. Mungkin sebab first time kot sampai tempat sejuk macam tu. Kami menginap di sebuah apartment dekat Sapporo. So kat bawah ni adalah gambar-gambar sepanjang kami berada di Hokkaido. Memang best!
Masa ni first time nampak salji, dari atas kapal terbang pun dah excited sangat sangat bila nampak benda putih ni. Tak sabar nak mendarat dan pegang sendiri dengan tangan. Haha. Untuk pengetahuan semua kami naik kapal terbang Jetstar dari Narita Airport ke New Chitose Airport.
beautiful aren't they? |
Hari pertama kami ke Takino Suzuran Park. Kat situ macam park la, boleh la untuk beginner nak main ski. Kami tak sempat main pun sebab masa tu angin kuat dan sejuk teramat sampai tak tahan sejuk sampai tak boleh nak buat apa-apa pun. Kat Takino Suzuran Park ni, ada jugak aktiviti lain seperti sled slope, snowshoe dan cross country skiing. Kebanyakannya tak perlu bayar tapi nak sewa alatan tu kena bayar lah tapi tak mahal pun nak banding dengan ski resort yang lain. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok ni : http://www.takinopark.com.e.bn.hp.transer.com/?enjoy=act-w
Seterusnya anda boleh la pergi ke Asahiyama Zoo yang terletak di Asahikawa. Kami ambik Chuo Bus dari Sapporo Station untuk ke Asahikawa Station dan nanti akan ada bas dari Asahikawa Station untuk ke Asahiyama Zoo. Harga tiket nak masuk Zoo ni dalam 820yen sahaja dan anda boleh tengok penguin, leopard, panda, anjing laut, wolves dan macam-macam lagi. Memang seronok dan berbaloi sangat.
Selain dari Zoo, anda yang nak pergi Hokkaido musim sejuk ni boleh la ke Otaru dimana kat situ ada light festival. Memang cantik lah kalau waktu malam. Kami bertolak pagi ke Otaru, sementara nak tunggu malam tu kita pusing-pusing sekitar Otaru. Sama juga macam pergi Zoo, kami ambil Chuo Bus dari Sapporo Station ke Otaru. Bagi yang Muslims, dekat Otaru ni ada masjid Al Noor, cuba lah singgah, nak kata besar tapi tak adalah besar sangat tapi cantik dan sangat bersih. Waktu malam tu, tak sempat nak ambil banyak gambar sangat disebabkan snow yang terlalu lebat, fon pun asyik mati sebab kesejukan!
Aiskrim ni famous kat sini, merata rata jual so kenalah cuba jugak. Harga dalam 550yen kalau tak silap. |
Hello Sapporo!
Kalau dah taktahu nak jalan mana lagi, boleh la pusing-pusing sekitar Sapporo. Biasanya dekat sana ada Snow Festival tapi masa kami sampai sana, festival tu dah tamat sebab kami lewat sehari. Rugi jugak la, so anda yang nak pergi sana, survey lah awal-awal tarikh festival tu so tak adalah terlepas macam kami hehe. Antara tempat yang menarik around Sapporo ni adalah former governement office, hokkaido university dan clock tower hokkaido. Kalau nak shopping souvenir ke nak cuci mata boleh ke Tanukikoji Shopping Arcade.
Comments